Tuesday, August 11, 2009






















Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.
Bulatan Besar Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
Warna Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru - Bermuafakat dan bersatu paduMerah - Keberanian dan keluhuranKuning - Kejayaan dan keharmonianPutih - Kesucian dan bertangungjawab
5 Bulatan Kecil Warna Merah Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
2 Bentuk Titisan Air Terbalik Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Garisan Berwarna Merah Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi Tiga Berwarna Kuning Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
Garisan merah di atas garisan putih Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan Garisan Berwarna Biru Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.